Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Tanam 100 Juta Pokok Demi Memulihara Alam Sekitar

By 20 Januari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Nurulaini Mohd Kasran/Norasilah Ibrahim (Kota Tinggi)

KOTA TINGGI, 20 Jan (Malaysiaaktif) –

Sebanyak 1000 pokok daripada pelbagai spesis telah ditanam bersempena dengan Program Penghijauan Malaysia: Kempen Penanaman 100 Juta Pokok Daerah Kota Tinggi, di Dataran Letak Kereta, Air Terjun Kota Tinggi, semalam.

Pokok balau pasir, meranti temak nipis dan merawan siput jantan adalah antara spesies pokok yang ditanam dengan kerjasama pelbagai agensi serta syarikat-syarikat melalui program tanggungjawab sosial korporat.

Pegawai Daerah Kota Tinggi Hazlina Jalil, berkata masyarakat harus mempunyai kesedaran untuk memulihara bumi tercinta ini dengan meletakkan kepentingan menjaga alam sekitar sebagai agenda utama dalam kehidupan.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Raja Rashidah Ismail, Pengarah Perhutanan Negeri Johor Datuk Haji Salim Aman, Pengarah Badan Kawalselia Air Johor Mohd Riduan Md Ali dan Yang Dipertua Majlis Daerah Kota Tinggi Mohd Fahmy Yahya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda