Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Bukit Perah Destinasi Terbaru Pengunjung Mukim Parit Jawa

By 17 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Haliza Mohd Taib/Mohd Shazreen Suradi

MUAR, 17 Feb (Malaysiaaktif) – Suasana yang damai dan keindahan alam yang menakjubkan menjadikan Bukit Perah sebagai tempat tarikan terbaru bagi pengunjung dan pelancong di Mukim Parit Jawa.

Penghulu Mukim Parit Jawa Mohd Afezan Yahya mengambil inisiatif bersama-sama Jabatan Penerangan Muar, Majlis Perbandaran Muar dan Angkatan Pertahanan Awam melaksanakan aktiviti Jom Riadah@Bukit Perah semalam bagi membudayakan gaya hidup sihat dalam komuniti serta memperkenalkan Bukit Perah kepada orang ramai.

Menurut Mohd Afezan aktiviti ini adalah kesinambungan kepada program Uniti Bersih dan Lestari serta Program ‘Community Based Planning’ Mukim Parit Jawa.

“Selain pemandangan indah dari atas bukit, Bukit Perah turut mempunyai tempat penginapan, lokasi riadah dusun durian D’Safi dan tempat bersua foto.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Balang Selamat Takim ketika ditemui di sini semalam, beliau berasa seronok kerana dapat melakukan senaman dan menghirup udara segar di atas bukit tersebut.

“Saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada penghulu kerana dapat merancang program beriadah di sini. Banyak program akan dirancang dan diadakan khususnya untuk kita mencintai alam.

“Apa sahaja yang kita lakukan hari ini, walapun di tanah orang mahupun di tanah kerajaan, selagi kita masih berbakti pada alam, kita telah menyumbang kepada keamanan dunia dan kesejahteraan dunia,” tambahnya lagi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda