Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Pelajar Sekolah Gembira Terima Bantuan Persekolahan

By 17 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Rafezan Shawal (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 17 Feb (Malaysiaaktif) – Seramai 120 pelajar sekolah rendah yang terpilih dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kempas gembira menerima bantuan persekolahan untuk sesi 2023/2024 dalam Program ‘Back To School’ DUN Kempas.

Pegawai Khas Menteri Besar Johor, YM Tengku Salman Fathi Tengku Jaafar berkata, bantuan persekolahan yang diberikan ini khusus kepada golongan yang kurang berkemampuan dan B40 di DUN Kempas.

“Dengan bantuan persekolahan yang diberikan ini akan dapat meringankan beban kepada ibu bapa untuk anak-anak mereka bersekolah untuk sesi baru persekolahan pada bulan mac nanti,” katanya ketika berucap di Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat, Tampoi, di sini semalam.

Turut hadir Bendahari Kumpulan Penggerak Ibu bapa Komuniti Swasta (KPIBKS) Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru Datuk Mohd Shadip Mohd, Rektor Kolej Pengajian Islam Johor Marsah Prof Madya Dr Hussin Salamon, guru-guru besar sekolah rendah DUN Kempas, guru-guru dan penduduk sekitar.

-ZS-

Tinggalkan komen anda