Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Pihak Ekstrem, Provokasi Tiada Tempat di Selangor – MB

By 5 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

BATU CAVES, 5 Feb (Malaysiaaktif) – Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari menegaskan pihaknya tidak akan membenarkan sebarang nilai ekstrem pihak tertentu untuk memecah belahkan perpaduan rakyat.

Katanya, Selangor umpama ‘Melting Pot’ yang menjadi tempat persinggahan semua orang.

“Kita tidak akan benarkan sebarang provokasi atau nilai ekstrem yang boleh merosakkan perpaduan antara kaum di negara ini.

“Ia bersesuaian dengan nilai hormat-menghormati antara manusia yang terkandung dalam Konsep Malaysia Madani yang diperkenalkan Perdana Menteri,” katanya semasa sambutan Thaipusam di perkarangan Kuil Batu Caves semalam.

Dalam majlis berkenaan sebanyak 45 buah kuil di Selangor menerima sumbangan yang berjumlah keseluruhan RM650,000.

Sempena perayaan Thaipusam tahun in, beliau yang juga Ahli Parlimen Gombak mengajak rakyat untuk bersama bergerak ke hadapan.

“Mari kita teruskan muafakat di negeri Selangor yang sedang bergerak maju dengan rancak dengan pelbagai perancangan.

“Tahun 2021 Selangor menyumbang 24.8 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang tertinggi di Malaysia dan pendapatan negeri pada 2022 meningkat RM500 juta daripada sasaran,” ujarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda