Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Kelor Tanaman Tepi Jalan Manfaat

By 5 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: M Zakry Chan

MELAKA, 5 Feb (Malaysiaaktif)
Kelor atau nama saintifiknya Moringa oleifera mempunyai banyak khasiat dan sedap dimasak bersama kacang mahupun daunnya.

Kelor yang mudah tumbuh dengan ditanam melalui keratan batang mahupun biji ini mudah ditemui di tepi-tepi rumah atau hidup meliar di tepi-tepi jalan.

Menurut suri rumah Salmiah Dolah, 45, ketika ditemui di sini baru-baru ini berkata, daunnya boleh digoreng dengan sedikit minyak masak seperti penyediaan bayam atau pun dicampur dengan telur dadar. Daunnya juga boleh direbus dan dijadikan sup.

“Bukan itu sahaja daun moringa boleh dikeringkan dan dijadikan serbuk kerana daun moringa kaya dengan vitamin B, vitamin C dan provitamin A. Manakala kacangnya juga boleh dicampurkan ke dalam masakan kari,” ujarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda