Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Maahad Tahfiz Ar-Rushd Bawa Sinar Kepada Hufaz Muda

By 18 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Juhaisa Azrin/Nur Bazilah

LIPIS, 18 Feb (Malaysiaaktif) – Bangunan Maahad Tahfiz Ar-Rushd yang baru dibina di daerah ini bakal memberi sinar buat pelajar tahfiz yang akan memulakan pengajian.

Bangunan tersebut yang menelan kos sebanyak RM4 juta telah berjaya disiapkan dalam tempoh satu tahun dan merupakan idea yang diasaskan oleh Menteri Besar Pahang Datuk Sri Wan Rosdy Wan Ismail yang mahu melihat pendidikan tahfiz lebih sistematik dan seiring arus perdana.

Dalam ucaptamanya di Majlis Penyerahan Bangunan Maahad Tahfiz Ar-Rushd, di sini kelmarin Wan Rosdy mengharapkan agar dengan pembinaan Maahad tersebut dapat memberi keselesaan dalam pembelajaran kepada para pelajar tahfiz.

“Saya sangat berterima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak dalam pembinaan bangunan ini sehingga ianya berjaya disiapkan dan bakal digunapakai oleh para pelajar pada bulan Mac nanti,” katanya.

“Sebagai permulaan, Maahad Tahfiz ini hanya menerima pelajar lelaki sahaja, namun pengambilan pelajar perempuan juga akan dibuat apabila bangunan asrama siap kelak,” tambahnya lagi.

Dalam majlis yang sama, seramai 10 orang penerima cek sumbangan kerajaan negeri yang berjumlah RM75,000 secara keseluruhan turut diraikan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda