Laporan/foto: Parameswary Lekshmnan/Ahmad Suhaimi Mokhtar (Kuala Lumpur)
KUALA LUMPUR, 7 Feb (Malaysiaaktif) – Menteri Komunikasi dan Digital yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil menyatakan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berhasrat untuk mewujudkan satu sistem data raya atau ‘big data’ bagi menangani isu kenaikan harga sayur.
“Sistem ini merangkumi apakah stok yang ada, berapakah jumlah bentuk tanaman yang ada di ladang dan apa yang ada di pasaran.
“Ini akan dapat membantu dari segi perancangan masa panjang dan saya percaya dalam masa terdekat, menteri berkenaan akan teliti isu ini untuk diselesaikan dengan cara terbaik,” ujar Fahmi Fadzil apabila ditanya berkaitan isu kenaikan harga sayur-sayuran, ketika ditemui di sini semalam.
-ZS-