Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Minat Dorong Pekebun Sayur Buka Warung Mee Udang

By 23 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Saipul Nizam Ibrahim/Muhammad Al-Tarmizi Azmi

KULAI, 23 Feb (Malaysiaaktif) – Nama Mee Udang Kak Gee sudah tidak asing lagi bagi penduduk di sekitar Senai.

Bermula dari seorang pekebun sayur-sayuran, kemudiannya beralih ke perniagaan berasaskan makanan, Poziah Ngadimin, 52, nekad mengusahakan warung Mee Udang Kak Gee dek kerana minat beliau di dalam bidang masakan.

“Warung ini dibuka pada Oktober 2021 ketika pandemik COVID-19. Setelah dua tahun beroperasi, saya berhasrat untuk membuka cawangan baharu di Bandar Kulai agar legasi perniagaan ini lebih dikenali di seluruh daerah Kulai,” kata Poziah Ngamidin yang lebih mesra disapa Kak Gee, ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Sofiyyah Zamri, 24, anak kedua Kak Gee tidak kekok membantu di dapur dan menyatakan mee udang di warung ibunya menggunakan ramuan rahsia resipi turun temurun.

“Warung Mee Udang Kak Gee adalah antara kedai yang wajib saya kunjungi kerana keunikan rasa mee udang yang tidak dapat di kedai makan yang lain,” kata Mohd Syamil Kamsani, 28, dan rakannya Mohd Farhan Meran, 26.

Kak Gee turut berterima kasih kepada pihak Tekun Nasional yang telah membantu menyalurkan dana pinjaman sebanyak RM30,000 sewaktu beliau memulakan pengusahaan kebun sayur dulu.

Beliau turut berhasrat untuk membuat permohonan baharu bagi melebarkan sayap mee udang yang diusahakannya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda