Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Seminar Masyarakat Berkarbon Rendah Galak Penglibatan Inovator Tempatan

By 2 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Fadillah Abdul Latif

MUAR, 2 Feb (Malaysiaaktif) – Seminar Masyarakat Berkarbon Rendah anjuran Pejabat Daerah Muar, Majlis Perbandaran Muar, Agensi Nuklear dan Pejabat Projek Plan @ Malaysia Zon Selatan telah berjaya dilaksanakan di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim Muar, di sini kelmarin.

Menurut Pegawai Daerah Muar Mustaffa Kamal Shamsudin, seminar ini bertujuan untuk menggalakkan penglibatan inovator tempatan dalam menambah nilai bahan buangan kepada inovasi yang lebih baik seterusnya memberi peluang pembangunan produk Malaysia yang boleh memenuhi keperluan setempat dan seterusnya dikembangkan ke seluruh dunia.

“Para penyelidik tempatan yang terdiri daripada pelbagai institusi pendidikan dan penyelidikan juga telah berkongsi hasil penyelidikan mereka dalam sembilan sesi pembentangan pada majlis tersebut.

“Bahan buangan daripada hasil pertanian yang melalui proses inovasi dapat menghasilkan pelbagai produk mesra alam dan menjana pendapatan tambahan kepada para petani seperti seperti jerami dan daun nanas yang boleh diolah menjadi kertas dan struktur dron,” katanya.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Aminuddin Hassim.

-ZS-

Tinggalkan komen anda