Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

PUSPANITA Cergas Sihat dan Langsing

By 2 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ismael Idris (Jasin)

MELAKA, 2 Feb (Malaysiaaktif) – Program Fun Walk anjuran Persatuan Suri dan Anggota Wanita Penjawat Awam (PUSPANITA) Cawangan Jasin dengan tema Cergas Sihat dan Lansing di Taman Botanikal di sini semalam telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

Pengerusi PUSPANITA Cawangan Jasin Nurliana Zulkilfi berkata, penganjuran program sukan dan riadah ini sedikit sebanyak telah berjaya memupuk budaya bersukan disamping mempromosi gaya hidup sihat dalam kalangan penjawat awam.

“Walau sesibuk mana pun urusan kerja seharian, kita harus memastikan dan mencari masa untuk melakukan aktiviti fizikal supaya badan sentiasa cergas dan sihat,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda