Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Alunan Selawat Memberkati Pecah Tanah Surau IPD Brinchang

By 6 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Intan Saziana/Muhammad Arief

CAMERON HIGHLANDS, 6 Mac (Malaysiaaktif) – Program Pecah Tanah Surau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cameron Highlands , di sini Sabtu lalu dimulai dengan alunan selawat oleh kariah Masjid Abu Bakar Tanah Rata.

Menurut Imam Kedua Masjid Abu Bakar Tanah Rata, Mohd Hafiz Abdul Majid, 35, selawat ini merupakan syiar utama dalam uslub dakwah.

“Jadi di program seumpama ini sesuai dimulakan bagi mendapat keberkatan dan rahmat daripada Allah SWT   di sepanjang program ini agar dinaungi keberkatan,” katanya.

Tambah Hafiz, keutamaan berselawat perlu diterapkan dalam setiap program dan dapat memberikan pendedahan kepada golongan yang bukan Islam.

Majlis pecah tanah surau IPD ini disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah serta Menteri Besar Pahang Datuk Sri Wan Rosdy Wan Ismail dan Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda