Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Lafaz Syahadah Terangi Kampung Orang Asli Kuala Boh

By 6 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Muhammad Arief/Rose Rasidi

CAMERON HIGHLANDS, 6 Mac (Malaysiaaktif) – Kampung Orang Asli Kuala Boh disinari dengan majlis lafaz syahadah dua saudara baharu Islam pada hari ini yang turut disaksikan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Dalam titahnya, Yang di-Pertuan Agong mengingatkan supaya penduduk setempat khususnya Orang Asli di Kampung Kuala Boh mengekalkan keharmonian dan silaturahim antara satu sama lain.

“Hasrat saya kalau boleh nak tengok kampung ini menjadi kampung yang dicontohi dari segi kebersihan, kecantikan dan keharmonian orang asli di sini,” titahnya selepas berkenan berangkat mendengar taklimat penambahbaikan perkhidmatan telekomunikasi oleh Ketua Pegawai Operasi Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) Datuk Mohd Ali Hanafiah Mohd Yunus di Kampung Orang Asli Kuala Boh, di sini baru-baru ini.

Baginda turut berkenan mengurniakan sumbangan kelengkapan persekolahan kepada anak anak Orang Asli yang memerlukan dan menyaksikan majlis penyerahan replika kunci van kepada Tok Batin Kampung Kuala Boh serta melawat rumah yang dibaik pulih oleh Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang.

Turut mengiringi keberangkatan baginda, Menteri Besar Pahang Datuk Sri Wan Rosdy Wan Ismail.

-ZS-

Tinggalkan komen anda