Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Atlet Karate Labuan Terus Rentak Kecemerlangan

By 22 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)/Persatuan Karate Labuan

LABUAN, 22 Mac (Malaysiaaktif) – Dua orang atlet karate Labuan meneruskan rentak kecemerlangan setelah menyumbangkan dua pingat perak dan satu pingat gangsa untuk skuad karate kebangsaan Malaysia di Kejohanan Persekutuan Karate Asia Tenggara (SEAKF) ke-10 yang berlangsung Manila, Filipina pada 16 hingga 19 Mac 2023 lalu.

Menurut satu kenyataan Persatuan Karate Labuan semalam, Muhammad Aiqal Asmadie, 18, kurang bernasib baik dalam dua persaingan akhir kategori Kata Lelaki Bawah 21 Tahun dan kategori Kata Lelaki Senior selepas tewas kepada peserta dari Vietnam serta Indonesia.

“Seorang lagi atlet iaitu Muhammad Isyraf Faiz Mohd Ismifarizal, 15, turut menyumbangkan sebutir pingat gangsa bagi kategori Kumite Lelaki Kadet (14-15 tahun) Berat +70kg,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Jurulatih Karate (Kata) Kebangsaan Mohd Norfarhan Nordin, berkata kejohanan itu merupakan pra-kejohanan sebelum menghadapi temasya penting iaitu Sukan SEA 2023 yang akan berlangsung pada bulan Mei akan datang di Kemboja.

“Penyertaan Sukan SEA tahun ini merupakan penyertaan edisi kali ke-2 dan mereka akan memperbaiki kelemahan yang ada dan segala kekuatan akan diperhalusi bagi berentap di temasya tersebut,” jelasnya dalam kenyataan tersebut.

-ZS-

Tinggalkan komen anda