Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Batu Seremban dari Kain Batik Terima Permintaan

By 20 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Eviannie Kin

KOTA KINABALU, 20 Mac (Malaysiaaktif) – Kraftangan permainan batu seremban menggunakan kain batik Sabah antara produk terlaris hasil tangan usahawan kraftangan, Hayati Tatuh, 50, yang berasal dari Lahad Datu.

Hayati antara seorang usahawan tempatan yang menyertai Festival Kraf Kebangsaan (FKK) 2023 di Pusat Membeli-Belah 1Borneo di sini yang sedang berlangsung sejak 17 Mac dan berakhir pada 26 Mac nanti.

Katanya, kraftangan permainan tradisional itu mendapat permintaan sehingga beliau terus menerima tempahan.

“Salah seorang pelanggan yang bekerja sebagai pemandu pelancong minta saya membuat batu seremban dengan kuantiti lebih banyak untuk beliau memperkenalkan permainan tradisional Malaysia yang diperbuat dari kain batik itu kepada para pelancong yang dibawanya.

“Idea menghasilkan kraftangan produk batu seremban bercorak batik Sabah itu terhasil apabila melihat banyak cebisan baki kain batik yang tidak digunakan lagi. Saya kemudian terfikir, sayang jika tidak dimanfaatkan sepenuhnya,” katanya ketika ditemui di FKK 2023 anjuran Kraftangan Malaysia Sabah, di sini hari ini.

Beliau bukan sahaja menghasilkan kain batik, malah turut menghasilkan produk kraftangan menggunakan kain tersebut seperti beg, tali leher, klip rambut, getah ikat rambut serta batu seremban.

-ZS-

Tinggalkan komen anda