Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Ceria ke Sekolah, Pastikan Tidak Ada Lagi Anak-anak Tercicir – Fahmi Fadzil

By 27 Mac 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Rajeswari Anbazagan/Muhaimin Musa (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Malaysiaaktif) – Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai menyantuni pelajar-pelajar sekolah, di sini semalam dalam Program Ceria ke Sekolah (CKS) Peringkat Lembah Pantai dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB).

“Saya bekerjasama dengan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Bangsar Pudu kawasan Lembah Pantai untuk memastikan tiada anak yang tercicir dalam mendapatkan pendidikan di sekolah,” katanya.

Seramai 200 pelajar Sekolah Rendah dan 50 pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan di sekitar Ibu Pejabat TNB Bangsar menerima sumbangan berbentuk baucar dari Pusat Pakaian Hari-Hari.

Program ‘Back To School’ dijenamakan dengan nama baharu Ceria Ke Sekolah, memberi impak yang lebih mendalam dan mencetuskan inspirasi kepada pelajar untuk kembali ke sekolah dengan penuh semangat.

Ketua Pegawai Kawal Selia dan Pengurusan Stakeholder TNB Datuk Ts Shamsul Ahmad pada tahun ini TNB menyalurkan RM500,000 bagi membantu lebih 2,500 orang murid kurang berkemampuan khususnya di kawasan luar bandar dan keluarga berpendapatan isi rumah terendah (B40) dalam menyediakan persiapan persekolahan bagi penggal 2023.

Menurut Zaleha Yaacob, 58, ibu kepada pelajar Nurul Dyana, 9, beliau sangat bersyukur di atas pemberian baucar tersebut yang dapat meringankan beban untuk membeli peralatan sekolah.

Manakala Gayatri Verushan, 35, mengucapkan terima kasih atas sumbangan baucar untuk anaknya Darshan Rajkumar, 7, yang baru memulakan perkolahan tahun ini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda