Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Fahmi Turun Padang Rasa Sendiri Menu Rahmah KKD

By 1 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Zaidy Salim (Putrajaya)/Shafiq Suhaimi (Bahagian Komunikasi Strategik dan Korporat KKD)

PUTRAJAYA, 1 Mac (Malaysiaaktif) – Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil hari ini turun padang mencuba sendiri Menu Rahmah yang disediakan di Kafe Cengkih Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD).

Fahmi dilihat beratur bersama-sama Ketua Setiausaha KKD Mohammad Mentek dan beberapa kakitangan kementerian di kaunter hidangan tersebut.

“Alhamdulillah, saya sangat gembira hari ini dapat lihat sendiri dan nikmati sendiri Menu Rahmah yang disediakan di kafe KKD.

“Harapan saya, dengan adanya Menu Rahmah ini ianya dapat memberi inspirasi kepada kafe-kafe yang lain di Putrajaya untuk menyediakan Menu Rahmah yang sama supaya dapat memberi sedikit manfaat terutama kepada penjawat awam,” katanya.

Menu Rahmah merupakan inisiatif Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang digerakkan oleh peniaga secara sukarela, dengan menyediakan hidangan pada harga RM5 dan ke bawah.

Menurut Fahmi beliau sangat memahami keadaan yang dialami rakyat dan berharap Menu Rahmah ini serba sedikit dapat membantu mengurangkan beban peningkatan kos sara hidup.

“Saya harap lebih banyak kafeteria di seluruh Putrajaya ini dapat menyahut cabaran, menyahut seruan dan ikut teladan,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda