Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Hasil Produk Kraftangan, Manfaat Bimbingan Agensi Kraftangan

By 21 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Eviannie Kin

KOTA KINABALU, 21 MAC (Malaysiaaktif) – Mulanya dengan hanya produk bantal, namun selepas menerima bimbingan agensi Kraftangan Malaysia, usahawan Lahad Datu, Nor Ashikin Kadir, 31, kini sudah dapat menghasilkan pelbagai jenis produk kraftangan.

Menurutnya, pada tahun 2018, Kraftangan Malaysia menjejaki beliau untuk memberi peluang mengikuti kursus berperingkat selain menyediakan kemudahan mesin jahit agar dapat membantu mengembangkan produk kraftangannya.

“Antara kraftangan yang saya hasilkan adalah mainan lembut, rantai kunci, lanyard dan beg kecil yang dijahit menggunakan kain batik blok Sabah dan kain sarung dari Terengganu.

“Dua bahan utama sahaja yang digunakan untul menghasilkan kraftangan seperti mainan lembut iaitu kain batik blok Sabah dan kapuk sahaja.

“Lagipun saya senang mendapatkan dua bahan itu kerana pembekalnya juga adalah dari Lahad Datu,” katanya ketika ditemui di Festival Kraf Kebangsaan (FKK) 2023, di sini semalam.

Tambah Nor Ashikin, setiap bulan hasil kraftangannya sentiasa menerima permintaan yang digunakan sebagai cenderamata dan juga daripada pembekal kraftangan dari seluruh negara.

-ZS-

Tinggalkan komen anda