Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

KASIH Wanita, Tema Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2023

By 9 Mac 2023Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Norfaizah Adnan/Muhamad Hafizuddin Abdul Halim (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 9 Mac (Malaysiaaktif) – KASIH Wanita dipilih sebagai tema Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2023 menggunakan akronim K.A.S.I.H iaitu kasih sayang, akhlak mulia, sihat, ilmu dan harmoni untuk meraikan wanita yang sentiasa mencurahkan kasih sayang, mengekalkan akhlak mulia, memastikan diri dan keluarga sihat, sentiasa mempertingkatkan ilmu dan memelihara keharmonian sekeliling.

Tema ini dipilh bersempena dengan 22 tahun Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) ditubuhkan yang mana KASIH adalah pertautan nilai–nilai murni yang mengukuhkan lagi peranan KPWKM sebagai peneraju utama dalam pembangunan masyarakat ke arah kemakmuran bersama. Majlis Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2023 telah disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Dewan Perdana FELDA, di sini semalam.

“Saya percaya bahawa agenda memperkasa wanita merupakan tanggungjawab bersama semua pihak dan bukan hanya dipikul oleh KPWKM sahaja. Saya ingin memuji peranan serta inisiatif yang telah dilaksanakan oleh pelbagai kementerian dan agensi dalam membantu membangun, memperkasa, mengiktiraf kebolehan dan sumbangan wanita dalam pembangunan negara.

“Kerajaan juga amat menghargai usaha komuniti yang sentiasa memberikan sokongan kepada program yang dilaksanakan oleh kerajaan. Inisiatif Skuad WAJA di bawah KPWKM adalah insiatif yang perlu dicontohi yang mana ianya berperanan memberi panduan kepada masyarakat tentang pentingnya usaha menghentikan sebarang bentuk keganasan terhadap wanita, memperkasa komuniti melalui program sokongan sosial dan membantu membina sebuah masyarakat yang saling bantu membantu dan meningkatkan keharmonian,” katanya.

Turut diadakan penyampaian anugerah KASIH Wanita kategori Bakti, Cekal, Harmoni, Komuniti dan Bangkit kepada lima wanita yang dipilih atas sumbangan dan usaha yang mereka lakukan bagi membantu memperkasakan wanita.

-ZS-

Tinggalkan komen anda