Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Kakitangan Perbadanan Teknologi Hijau Ikrar Bebas Rasuah

By 8 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Noraidah Mat Seh (Melaka)

MELAKA, 8 Mac (Malaysiaaktif) – Menyokong usaha memerangi rasuah untuk memastikan pentadbiran organisasi dapat dilaksanakan dengan lebih telus serta bebas dari gejala rasuah Perbadanan Teknologi Hijau Melaka mengambil inisiatif dengan melaksanakan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bersama kakitangan bertempat di Dewan Zamrud, Wisma Negeri, di sini semalam.

Menurut Ketua Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka Mohd Sharil Che Saad, gejala rasuah dan salah guna kuasa pada ketika ini nampak serius dan gejala ini sudah tentu amat merisaukan kita semua.

“Kebersamaan dalam menyebarluas mesej anti rasuah ini membuktikan sokongan dan komitmen untuk sama-sama memerangi jenayah jijik ini bersama SPRM.

“Menjadi harapan di SPRM agar kebersamaan mampu mewujudkan gelombang perubahan khususnya dalam kalangan penjawat awam atau masyarakat amnya supaya membenci dan menolak rasuah, memandang jijik kepada pesalah rasuah serta mempunyai kekuatan dalaman dan pendirian yang teguh untuk menolak rasuah dan salah guna kuasa setta bangun menentang rasuah bersama SPRM,”
ujarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda