Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

IKS Bantu Wujud Peluang Pekerjaan

By 30 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Siti Zuraida MD Nor Aidi

JEMPOL, 30 Mac (Malaysiaaktif) – Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Bumiputera amat memainkan peranan yang penting bagi memajukan sektor perindustrian di Jempol.

Sektor ini bersifat dinamik dan mempunyai banyak ciri-ciri untuk maju serta mewujudkan peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat.

Antara IKS yang berjaya di daerah ini, Sukur Food Industries kini berhasrat menjadi sebuah empayar  yang dapat membantu mewujudkan banyak peluang pekerjaan dan memberi peluang kepada penguasaha IKS Bumiputera untuk memasarkan produk mereka.

Menurut pegusaha syarikat tersebut Muhd Faiz Sukur, 37, beliau memulakan perniagaan secara kecil-kecilan dengan bantuan pinjaman dari Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN), Jabatan Pertanian, Kementerian Kewangan dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA).

“Kami menghasilkan aneka kerepek di Felda Raja Alias 1 sering mendapat permintaan yang sangat tinggi pada musim perayaan menyebabkan syarikat ini menggandakan pengeluaran bagi memenuhi keperluan pelanggan.

“Ubi kuning mentega digunakan sebagai bahan utama serta faktor teknologi mesin yang telah diubah suai antara faktor kerepek kami mendapat sambutan hangat sehingga mencecah dua tan ubi mentah setiap hari,” katanya.

Seorang pelanggan Mariati Daud, 40, berkata kerepek keluaran Sukur Food Industries sangat rangup dan nipis.

“Rasanya sangat sedap dan yang paling menarik harganya murah setanding dengan kualitinya,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda