Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

NGO Diperlukan bagi Memartabatkan Bahasa Kebangsaan

By 13 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Siti Meriam Mohamad

KOTA BHARU, 13 Mac (Malaysiaaktif) – Wacana 152 Peranan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) untuk Memartabatkan Bahasa Kebangsaan anjuran bersama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Wilayah Timur dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) Negeri Kelantan telah diadakan di Dewan Utama Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian hari ini.

“DBP memerlukan kumpulan NGO yang boleh menjadi suara dan penggerak dalam memupuk kesedaran masyarakat agar menghargai bahasa kebangsaan melalui pelbagai kempen, promosi, kegiatan serta melalui media massa baharu,” kata Ketua Pengarah DBP, Dr. Hazami Jahari, dalam ucapan perasmiannya di sini.

Program ini dikendalikan oleh enam orang panel dan disertai 150 orang terdiri dari kakitangan kerajaan, swasta dan ahli NGO seluruh negeri Kelantan.

Turut hadir Presiden Pertubuhan Peradaban Melayu Malaysia Kelantan (PERADABAN), Datuk Haji A. Aziz Deraman dan Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Kelantan, Dalila Diyana Mat Zaid.

-ZS-

Tinggalkan komen anda