Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Sulap: Produk Pelancongan Berasaskan Komuniti

By 8 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Fauzrina Bulka

KOTA BELUD, 8 Mac (Malaysiaaktif) – Pembangunan produk pelancongan berasaskan komuniti semakin mendapat tempat dalam kalangan komuniti setempat antaranya ialah sulap atau pondok.

Menurut Boniface@Doni Jiran, 44, pembinaan sulap dalam Pertandingan Membina Sulap Kampung Tambulion Ulu itu dapat mempercepatkan pembangunan Fasa 1 Taman Rekreasi di kampung itu sekali gus menyediakan kemudahan pondok riadah buat pengunjung yang bertandang.

“Selain itu, pondok bercirikan alam sekitar dapat memperkukuh lagi perpaduan, kerjasama, persaudaraan, kesatuan dan semangat kemilikan komuniti terhadap perusahaan ini.

“Saya juga berhasrat untuk mendaftarkan perusahaan komuniti ini dalam koperasi agar lebih banyak kelebihan dapat diperoleh dari segi bantuan dana, kursus-kursus dan sebagainya,” katanya ketika ditemui media, baru-baru ini.

Dalam penilaian itu, Sulap Tulion dinobat sebagai pemenang tempat pertama, diikuti Sulap Gubang Rugading dan Sulap Keimbagu.

-ZS-

Tinggalkan komen anda