Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

1,000 Hadiri Majlis Khatam Al-Quran

By 9 April 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Fadillah Abd Latif

MUAR, 9 Apr (Malaysiaaktif) – Kira-kira 1,000 hadir di majlis khatam al-Quran yang dilaksanakan bersempena Program Membudayakan Al-Quran Peringkat Negeri Johor Kali ke-26 di Masjid Sultan Ibrahim Muar, Jumaat lalu.

Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim hadir mewakili Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

Majlis dimulakan dengan bacaan selawat dan diikuti dengan majlis khatam al-Quran oleh para peserta.

Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim turut berkenan mewakafkan senaskhah al-Quran kepada setiap 10 pegawai daerah di negeri Johor sebagai simbolik usaha membudayakan pembacaan al-Quran di negeri Johor.

Selesai majlis khatam al-Quran, Tunku Temenggong berkenan berbuka puasa dan menunaikan solat Maghrib sebelum berangkat pulang.

Turut hadir Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi, Yang Dipertua Jumaah Majlis DiRaja Johor Datuk Dr. Abdul Rahim Ramli dan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor Tuan Mohd. Fared Mohd Khalid.

-ZS-

Tinggalkan komen anda