Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Jom Waghih Budayokan Makanan Selamat Kito

By 10 April 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nurezzaty Razimi/Noorshazana Shaadan (Port Dickson)

PORT DICKSON, 10 Apr (Malaysiaaktif) – Jom Waghih, Budayokan Makanan Selamat merupakan slogan yang diperkenalkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan dan telah dilancarkan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Haji Aminuddin Harun, baru-baru ini.

“Hanya teguran yang diberikan kepada para peniaga mengenai peraturan di bawah Akta Makanan 1983 dan tiada sebarang tindakan dikenakan kepada mereka,” ujarnya.

Beliau juga meluangkan masa melawat ke setiap gerai di Bazar Ramadan Batu 4, di sini serta turut berkongsi rezeki dengan membeli pelbagai juadah berbuka dan memberi kepada para pengunjung yang ada di sekitar bazar.

Katanya, bertepatan dengan mesej yang dilancarkan, keselamatan makanan adalah tanggungjawab bersama.

“Para peniaga, pekerja serta penganjur perlu menitikberatkan pembudayaan amalan 3M iaitu Mengamalkan, Memilih, Melaksana dalam pengendalian makanan yang selamat dan bersih.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Pinang Datuk Tun Hairuddin Abu Bakar.

-ZS-

Tinggalkan komen anda