Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Bubur Lambuk Eratkan Kakitangan Wisma Persekutuan Johor Bahru

By 14 April 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Zahid Othman (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 14 Apr (Malaysiaaktif) – Sempena program Ihya Ramadan pada tahun ini, Jawatankuasa Penyelaras Penyelenggaraan Bangunan Wisma Persekutuan Johor Bahru menyantuni seluruh warga kerjanya dengan edaran bubur lambuk, semalam.

Sebanyak 35 kilogram beras digunakan untuk menghasilkan tiga buah periuk besar bubur lambuk daging lembu dan satu periuk bubur lambuk daging kambing untuk warga kerja bukan Islam.

Pengurus Bangunan Wisma Persekutuan Johor Bahru Azam Chuwan, berkata aktiviti gotong-royong ini berjaya menghasilkan sebanyak 1,200 bungkus bubur lambuk untuk edaran kepada semua kakitangan.

“Pengunjung yang hadir berurusan di sini juga diberikan bubur lambuk setiap seorang sebagai juadah berbuka puasa,” katanya.

Beliau juga berharap agar program edaran bubur lambuk menjadi acara tradisi yang dilaksanakan setiap tahun pada bulan Ramadan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda