Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Kemeriahan Bubur Lambuk Perdana Bersama Orang Muda Johor

By 3 April 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Saipul Nizam Ibrahim/Muhammad Al-Tarmizi Azmi

KULAI, 3 Apr (Malaysiaaktif) – Seramai 850 orang belia menjayakan Program Orang Muda Johor (OMJ) Bubur Lambuk Perdana 2023 anjuran Pusat Pembangunan Belia Johor (JOYDEC) yang berlangsung di perkarangan Pejabat Daerah Kulai, pagi semalam.

Menurut Ketua Kampung Mukim Kulai Mazlan Muhamad, 59, program gotong royong sebegini harus di perluaskan kerana ianya semakin pudar di kalangan orang muda pada masa kini.

“60 periuk bubur lambuk telah disediakan untuk diagih kepada masyarakat sekitar daerah Kulai.

“Program ini bagus kerana dapat memberi motivasi serta mengeratkan lagi silaturrahim dari kerjasama yang terjalin,” katanya.

Seorang Sukarelawan Pertubuhan Petron Johor Haslina Ismail, 32, berkata nilai-nilai murni seperti semangat kekitaan serta tolong-menolong dapat diterapkan dalam program sebegini sekaligus memupuk budaya kerja yang cemerlang dalam kalangan masyarakat.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor Mohd Hairi Mad Shah dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Sukan, Belia dan Sukarelawan) Dato’ On Jabbar.

-ZS-

Tinggalkan komen anda