Laporan/foto: Abdul Hadi Abdul Ghani/Zakiah Ali
SEMPORNA, 3 Apr (Malaysiaaktif) – Sebanyak 300 bubur lambuk berjaya diedarkan kepada Komuniti Rukun Tetangga (KRT) Taman Miramas sempena Program Gerak Rahmah Jom Masak Bubur Lambuk.
Menurut Pengerusi komuniti itu Mohammad Yazid Abdul Rahman aktiviti seumpama ini dapat membangunkan komuniti Rahmah selaras dengan konsep Malaysia Madani.
“Hal ini kerana, pelbagai aktiviti berimpak tinggi untuk meningkatkan kesejahteraan dan keharmonian komuniti khususnya di bulan Ramadan selain mengeratkan hubungan antara komuniti di sini.
“Bagi tujuan tersebut, seramai 25 peserta yang terdiri daripada penduduk perumahan di sini dan kawasan sekitar hadir untuk menyediakan bubur lambuk,” katanya ketika ditemui di padang permainan Taman Miramas, Sabtu lalu.
Seorang penduduk Aminah Ali, 34, berkata program seumpama itu juga merupakan satu usaha yang sangat baik dan dapat menggambarkan perpaduan dalam kalangan semua pihak.
Tambahnya, aktiviti sebegini boleh dijadikan budaya dalam komuniti rukun tetangga sebagai inisiatif menerapkan konsep Madani itu sendiri.
-ZS-