Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahJohor

Bahaya Najis Dadah Perlu Dididik Seawal Usia Muda Lagi

By 23 Mei 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Syed Mohd Adib Syed Hassan/AADK Cawangan Segamat (Segamat)

SEGAMAT, 23 Mei (Malaysiaaktif) – Program Ceramah Penyalahgunaan Najis Dadah dan Pameran Antidadah anjuran Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Cawangan Segamat telah berlangsung di Dewan Seminar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kasap, Segamat, pagi ini.

Seramai 247 pelajar sekolah rendah terdiri daripada tahun satu hingga tahun enam telah menyertai program tersebut.

Menurut Ketua Unit Pencegahan AADK Daerah Segamat, Nasrul Ikhwan Roslan, dengan adanya program seperti ini, murid akan mendapatkan pendedahan berkaitan punca-punca pelencongan sosial, penyalahgunaan dadah dan substan.

“Program ini juga mendapat sokongan penuh daripada pendidik SJKC Kasap untuk meneruskan penyebaran ilmu pendidikan pencegahan dadah dari peringkat akar umbi,” ujarnya.

Salah seorang guru SJKC Kasap, Lee Sin Ying, 32, berkata, ceramah yang disampaikan mendapat sambutan hangat daripada pihak sekolah serta murid kerana penyampaian yang diberikan kepada murid mengenai antidadah adalah jelas dan murid dapat lebih memahami unsur-unsur penting yang berkaitan dengan program ini.

“Bahan-bahan pameran juga dapat menarik perhatian murid untuk lebih berminat dan memahami apa yang hendak disampaikan,” katanya.

Selain sesi ceramah antidadah, pihak AADK juga memberikan beberapa perkongsian mengenai info substan, info pelencongan sosial dan kaunter pameran.

-ZS-

Tinggalkan komen anda