Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian (Labuan)
LABUAN, 9 Mei (Malaysiaaktif) – Daiwa Deep Sea Challenge LISC 2023 atau sinonimnya dikenali sebagai Cabaran Memancing Laut Dalam LISC 2023 bermula hari ini sehingga 14 Mei 2023 di Pulau Layang- Layang.
Menurut satu kenyataan Perbadanan Labuan (PL) hari ini, Daiwa Deep Sea Challenge 2023 merupakan salah satu acara utama pada LISC tahun ini yang melibatkan penyertaan dari dalam dan luar negara.
“Acara ini mendapat penyertaan paling ramai buat pertama kalinya dalam sejarah penganjurannya dengan penyertaan melebihi 200 peserta dengan 21 buah kapal yang melibatkan peserta dari Perancis, Kanada, Hongkong, Australia dan Malaysia.
“Seperti tahun sebelumnya, pengelola bagi salah satu acara utama LISC 2023 iaitu Kelab Ekstrem G.H.R.T berkolaborasi bersama Japanese Tackle Company (penaja DAIWA) turut menaja hadiah sampingan paling tinggi nilainya kepada peserta yang berjaya.
“DAIWA menawarkan hadiah berupa barangan memancing seperti Fishing Reels, and Manual Reels, Braided Lines, Goodie Bags, Caps, T-shirts, Water Bottles, Trade Logo Stickers dan pelbagai hadiah yang lain serta menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM 60,000.00 secara keseluruhannya,” menurut kenyataan itu.
Acara pelepasan para peserta disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengawai Eksekutif (TKPE) Pembangunan, PL Ibrahim Tambi bertempat di Jeti Marina, pagi tadi.
-ZS-