Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Siswazah UiTM Segamat Didedahkan dengan Kesedaran Penyalahangunaan Najis Dadah

By 9 Mei 2023Mei 16th, 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Syed Mohd Adib Syed Hassan/AADK Cawangan Segamat (Segamat)

SEGAMAT, 9 Mei (Malaysiaaktif) – Seramai 90 siswazah hadir di program kesedaran penyalahgunaan najis dadah anjuran Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Cawangan Segamat dengan kerjasama Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Johor Kampus Segamat bertempat di perpustakaan Tun Dr Ismail UiTM Cawangan Johor, di sini semalam.

Ketua Daerah AADK Cawangan Segamat Fuaazuzakia Abd Mohidin Zaman, berkata salah satu objektif program adalah meningkatkan kefahaman, pengetahuan dan kesedaran dalam kalangan generasi muda dan akibat penyalahgunaan dadah.

“Ia dapat membantu muda menjadi ejen penggerak dalam menyampaikan maklumat membasmi dadah,” katanya.

Rata-rata peserta yang ditemui berkata setiap slot yang disampaikan mendapat ilmu baru tentang pengetahuan trend dadah dan ianya perlu perbanyakkan lagi program kesedaran seperti ini pada masa akan datang.

Selain sesi pengenalan Skuad AntiDadah, pihak AADK juga membuat beberapa perkongsian antaranya ialah info penguatkuasaan, info rawatan serta pemulihan, info pencegahan dan kaunter pameran.

-ZS-

Tinggalkan komen anda