Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahJohor

Pembelajaran Menyeronokkan Melalui Karnival Pendidikan dan Pameran Buku

By 25 Mei 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Syed Mohd Adib Syed Hassan (Segamat)

SEGAMAT 24 Mei, (Malaysiaaktif) – Unit Pejabat Pendidikan Daerah Segamat, Kelab Rekreasi dan Kebajikan Pendidikan Daerah Segamat, Majlis Guru Perpustakaan serta Media Segamat telah menganjurkan Karnival Pendidikan dan Pameran Buku yang berlangsung dari 23 Mei hingga 28 Mei 2023 di ruang legar Pasaraya Segamat Central.

Karnival ini telah diadakan bagi menarik minat murid-murid untuk belajar melalui medium dan aktiviti yang menyeronokkan.

Wakil rasmi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pemanis, Mohd Shahrizan Ab Aziz, berkata bahawa program ini menyasarkan penglibatan pelajar bagi menggabungkan keempat-empat bidang iaitu bidang bahasa, kemanusiaan, sains dan matematik, vokasional dan teknologi.

“Karnival ini dijadikan platform untuk menyediakan peluang kepada murid supaya boleh mengamalkan budaya ilmu, berfikir, kerjasama dan penyayang selari dengan saranan Kementerian Pendidikan untuk menggalakkan pengaplikasian Pembelajaran Abad ke-21.

“Karnival ini juga menggalakkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam kalangan pelajar melalui aktitivi-aktiviti yang memerlukan penyelesaian masalah seperti melalui pertandingan yang berbentuk merekacipta,” ujarnya.

Karnival ini turut mempunyai pengisian seperti pertandingan video pendek, persembahan zumba, pertandingan kucing comel, pertandingan karaoke terbuka dan pertandingan mewarna kanak-kanak.

Turut hadir sama, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (Sektor Perancangan PPD Segamat) Zaki Yaacob serta Penaung Majlis Guru Perpustakaan dan Media Segamat, Datuk Ayub Rahmat.

-ZS-

Tinggalkan komen anda