Laporan/foto: Mohd Rafezan Shawal/Shahrul Mohamad (Gerakan Koperasi Negeri Johor)
JOHOR BAHRU, 9 Mei (Malaysiaaktif) – Gerakan Koperasi Negeri Johor bakal mecapai sasaran perolehan sebanyak RM800 juta tahun ini setelah berjaya meraih perolehan RM714 juta pada tahun lepas.
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Mohd Hairi Mad Shah, berkata terdapat seramai 463,000 keahlian dengan 1,462 koperasi secara keseluruhannya yang ada di negeri Johor.
“Tahun 2022 kita dapat RM714 juta, tidak mustahil saya menjangkakan dan menyasar angka itu boleh meningkat kepada RM800 juta tahun ini dan juga sasaran 100 koperasi dapat ditubuhkan akan datang yang akan memberikan manfaat kepada ahli dan koperasi.
“Untuk negeri Johor, sebanyak 30 koperasi tersenarai dalam 350 daripada 15,315 koperasi di Malaysia manakala enam koperasi Johor telah tersenarai dalam 100 koperasi terbaik Malaysia,” ujarnya.
-ZS-