Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Landskap Berubah, Media Perlu Berinovasi

By 29 Mei 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Suzira Zainol Abidin/Mohammad Ezwandi (Perak)

IPOH, 29 Mei (Malaysiaaktif) – Landskap media kini mengalami perubahan besar dengan kebangkitan media sosial sebagai sumber utama berita dan hiburan.

Menurut Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil, platform dalam talian seperti Facebook, Twitter, Instagram dan TikTok telah menjadi destinasi pilihan ramai orang untuk mengikuti perkembangan semasa mahupun rancangan kegemaran.

“Media tradisional tiada pilihan selain terus bergerak, berinovasi dan berubah seperti menggunakan teknologi baharu dan menerima platform dalam talian.

“Walau bagaimanapun, kewujudan media sosial ini turut menimbulkan satu lagi kebimbangan iaitu penyebaran berita palsu dan maklumat tidak benar.

“Oleh yang demikian, adalah penting bagi media yang bertanggungjawab untuk tidak menjadi mangsa fenomena ini,” katanya ketika berucap merasmikan Forum Media HAWANA 2023, di Hotel Casuarina, Meru, di sini semalam.

-ZS-

Tinggalkan komen anda