Laporan/foto: Feroz Othaman (Melaka Tengah)
MELAKA 10 Mei (Malaysiaaktif) – Melaka akan menjadi tarikan pelancong Timur Tengah Sempena Tahun Melawat Melaka 2024 apabila Memorandum Persefahaman (MoU) kerajaan Negeri dengan empat agensi pelancongan dari Timur Tengah dengan kerjasama Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) ditandatangani, di sini Isnin lalu.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Warisan Seni dan Budaya Abdul Razak Abdul Rahman empat agensi itu ialah Egypt Promotion Travel SAE (Mesir), Travel Link (Jordan), Asean Travel and Tourism Agency (Arab Saudi) dan Adonis Tourism LLC (Emiriah Arab Bersatu dan Oman).
“Saya berbesar hati kerana dapat menjalinkan hubungan kerjasama dengan empat agensi pelancongan dari timur tengah.
“Industri pelancongan memberi penyumbang terbesar negeri Melaka dan dijangka menghasilkan pendapatan RM30 juta daripada kedatangan 6,000 pelancong dari timur tengah menjelang akhir tahun depan Sempena Tahun Melawat Melaka 2024,” katanya.
Turut hadir Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan (Tourism Melaka) Sa’ari Basiron, Jabatan Ketua Menteri Melaka dan Pengerusi MATTA Melaka Goh Hock Gin.
-ZS-