Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Mohd Shuhaily Ketua Polis Kuala Lumpur Baharu

By 15 Mei 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Irina Abd Samad/PDRM Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR 15 Mei (Malaysiaaktif) – Bekas Ketua Polis Pulau Pinang dilantik sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Beliau menggantikan Datuk Azmi Abu Kassim yang dilantik sebagai Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman.

Majlis serah terima tugas oleh Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur SAC Datuk Abu Samah Mohd Noor dengan CP Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain serta penyerahan Pedang Sri Temenggung sebagai simbolik penyerahan kuasa jawatan Ketua Polis Kuala Lumpur yang berlangsung di Ibu Pejabat Polis Kontijen Kuala Lumpur di sini dengan disaksikan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.

Turut berlangsung, majlis serah terima tugas Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Kuala Lumpur antara Datin Nurhaidah Jamil dengan Datin Ennie Salina Roseli dengan disaksikan oleh Datin Zalena Mohd Ariffin, Pengerusi PERKEP JSJ Bukit Aman.

Sementara itu, Ayob Khan, berharap berbekalkan kepercayaan dan amanah yang telah diberikan kepada Mohd Shuhaily, PDRM Kuala Lumpur dapat memberikan sokongan yang padu dan kerjasama sepanjang kepimpinannya sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur yang baharu.

Turut hadir Ketua Jabatan Pengurusan Kuala Lumpur SAC Muhammad Idzam Datuk Hj Jaafar, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Habibi Haji Majinji, Ketua-Ketua Jabatan, Ketua-Ketua Polis Daerah dan Pegawai- Pegawai Kanan Polis.

-ZS-

Tinggalkan komen anda