Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Pemilihan Tema Busana JDT dan Daerah Batu Pahat Mewarnai Sambutan Hari Raya

By 18 Mei 2023Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Nurul Ain Johari (Batu Pahat)

BATU PAHAT, 18 Mei (Malaysiaaktif) – Seramai 1,000 orang kakitangan kerajaan daerah Batu Pahat telah meraikan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Jabatan Kerajaan Daerah Batu Pahat yang bertemakan bendera Johor dan daerah Batu Pahat di Dataran Penggaram, Batu Pahat, pagi ini.

Pegawai Daerah Batu Pahat, Nasri Md Ali, berkata majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri masih berbahang sehingga ke penghujung Syawal sebagai lambang dan simbol yang menterjemahkan budaya Melayu dalam konteks mengeratkan sillaturahim yang sedia terjalin.

“Sebagai sebuah organisasi yang bersatu dan utuh dalam negara yang mempunyai pelbagai bangsa dan kaum, kita seharusnya mengamalkan sikap muafakat dan bekerjasama ke arah pembangunan negara khususnya dalam lapangan ikhtisas yang seterusnya membawa kepada kebaikan bersama,” katanya.

Selain persembahan nyanyian dari Kudien 3 Juara dan Ila, tarian dari Joydec, pertandingan khemah paling kreatif, busana kreatif, sajian terbaik serta gerai terbaik secara keseluruhan juga turut memeriahkan lagi suasana.

Pemenang Busana Kreatif (Wanita) Nor Azimah Mat Ismail, 43, berkata beliau tidak menyangka akan memenangi pertandingan ini.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur dan saya sangat gembira dengan suasana yang meriah ini serta kepelbagaian makanan yang enak belaka,” ujarnya.

Turut hadir, wakil rasmi Menteri Besar Johor, Samsolbari Jamali, Ahli Parlimen Batu Pahat, Onn Abu Bakar, ADUN Sri Medan, Zulkurnain Kamisan, ADUN Parit Yaani, Mohd Najib Samuri, ADUN Senggarang, Mohd Yusla Ismail, ADUN Penggaram, Gan Peck Cheng, ADUN Parit Raja, Nor Rashidah Ramli dan ketua-ketua Jabatan Daerah Batu Pahat.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda