Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Projek SJAM Atasi Gangguan Air di Selangor – Amirudin

By 18 Mei 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Azfa Saffie/Luqman Hakim (Kuala Selangor)

BESTARI JAYA, 18 Mei (Malaysiaaktif) – Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari memaklumkan Projek Skim Jaminan Air Mentah (SJAM) yang dibangunkan bertujuan mengatasi masalah bekalan air di negeri berkenaan.

Katanya, projek pengepaman terus dari kolam takungan di Sungai Selangor dan Sungai Langat ini untuk menjamin tiada gangguan operasi loji rawatan air SSP 1, 2, 3, Rantau Panjang dan Semenyih semasa berlaku insiden pencemaran sumber air mentah.

“Perancangan SJAM ini merangkumi dua fasa iaitu menangani isu pencemaran air di Sungai Selangor dan memastikan kecukupan air mentah dalam menghadapi musim kemarau.

“Prestasi kemajuan projek infrastruktur ini kini mencapai 51 peratus dan dijangka siap serta beroperasi pada awal tahun 2024,” katanya semasa merasmikan tapak Sistem Peningkatan Hibrid Pinggir Sungai (HORAS) 600, di sini hari ini.

SJAM dibangunkan Kerajaan Negeri Selangor sebagai sebahagian penyelesaian kepada masalah pencemaran sumber air mentah di Sungai Selangor dan Sungai Langat hingga menyebabkan henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa (SSP) 1, SSP 2, SSP 3, Rantau Panjang dan Semenyih.

-ZS-

Tinggalkan komen anda