Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Pesona Langkawi, Promosikan Langkawi di Mata Dunia

By 25 Mei 2023Tiada komen1 minit bacaan
Laporan/foto: Fatin Nabila Muktar/Kementerian Pelancongan dan Seni Budaya (MOTAC) 
LANGKAWI, 24 Mei (Malaysiaaktif) – Pesona Langkawi merupakan satu inisiatif Kementerian Pelancongan dan Seni Budaya (MOTAC) untuk menyemarakkan kegiatan ekonomi di negeri Kedah terutamanya daerah Langkawi di mana ianya melibatkan banyak pihak terutamanya kepada pengiat industri pelancongan, seni budaya dan warisan.
“Pulau Langkawi dikelilingi khazanah alam dan warisan yang memberi manfaat kepada penduduk disini.
“Kita cuba meraih faedah ekonomi untuk kita sama- sama menjayakan aspirasi negara menjadikan Pulau Langkawi destinasi pelancongan utama sempena Tahun Melawat Malaysia 2023,” ujarnya.
“Saya yakin program ini mendapat sambutan yang amat meriah dengan kehadiran ribuan pengunjung yang bertali arus ke pulau lagenda selari dengan penganjuran LIMA 2023,” kata Ketua Setiausaha MOTAC, Datuk Hajah Saraya Arbi ketika ucapannya sempena Majlis Perasmian Program Pesona Langkawi Seni Budaya dan Pelancongan 2023 semalam di Dataran Lang.
Program ini berlangsung pada 24 hingga 27 Mei 2023.
-ZS-

Tinggalkan komen anda