Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Konsep Malaysia Madani Diperluas kepada Masyarakat Orang Asli

By 13 Jun 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Norhayati Shamsu Anuar/Noor Haswan Noor Azman (Gua Musang)

GUA MUSANG, 13 Jun (Malaysiaaktif) – Program Kita Madani anjuran Jabatan Penerangan Negeri Kelantan yang berkonsepkan Malaysia Madani mendapat sambutan meriah dalam kalangan masyarakat orang asli di Pos Tuel, di sini semalam.

Konsep yang bertunjangkan sikap saling menghormati di antara kepelbagaian kaum serta menjadi pemacu kewujudan masyarakat maju dan bertamadun.

Menurut Pengarah Penerangan Negeri Kelantan Muhd Nor Aswadi Bin Md Nor program ini merupakan satu saluran untuk menyampaikan matlamat tentang konsep Malaysia Madani.

“Tujuan utama adalah untuk menyemaikan rasa kasih sayang dalam kalangan masyarakat orang asli.

“Selain itu terdapat juga perkhidmatan jabatan dan agensi lain yang turut serta dalam program ini” katanya.

Antara aktiviti yang diadakan adalah kaunter pameran dan perkhidmatan agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Jabatan Kesihatan, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Menurut Amek Aem, 35, beliau merasa amat teruja kerana program ini memperlihatkan keakraban antara agensi dan jabatan kerajaan dengan masyarakat Orang Asli.

“Saya berpeluang mengambil bahagian dalam pertandingan nyanyian patriotik dan sukaneka yang dianjurkan.

“Apa yang menarik lagi saya mendapat pengetahuan baru pelbagai jabatan dan agensi yang mengadakan pameran pada hari ini,” katanya.

Turut diadakan pertandingan mewarna kanak-kanak, pertandingan permainan dalaman, tutorial pemakaian tudung, pertandingan karaoke dan pertandingan menyumpit.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri Galas Mohd Syahbuddin Hashim dan ketua-ketua jabatan Daerah Gua Musang.

-ZS-

Tinggalkan komen anda