Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Konvensyen Malaysia Madani Platform Kongsi Naratif Kerajaan Perpaduan

By 22 Jun 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Shaharudin Suratman (Seremban)/Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan

SEREMBAN, 22 Jun (Malaysiaaktif) – Kerajaan Negeri Sembilan memantapkan lagi gagasan Malaysia Madani melalui Konvensyen Malaysia Madani khas yang melibatkan semua Pengerusi Majlis Pembangunan Komuniti Kampung (MPKK) dari seluruh Negeri Sembilan.

Konvensyen yang diadakan di Klana Resort, di sini semalam turut mendedahkan naratif pembentukan Kerajaan Perpaduan gabungan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional untuk membentuk politik baharu yang lebih progresif dalam usaha memajukan Negeri Sembilan sekali gus selaras dengan slogan bersih, muafakat dan sejahtera.

Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun dalam ucapannya turut menegaskan pentadbiran madani yang menekankan aspek kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan akan menjadikan rakyat negeri ini hidup berkualiti dan sejahtera.

“Kita juga yakin dengan gabungan kekuatan kepelbagaian bangsa Kerajaan Perpaduan di negeri ini akan menghasilkan urus tadbir negeri yang lebih berkesan dan bermanfaat kepada rakyat.

“Penjawat awam di negeri ini juga menyedari perubahan yang positif yang dibawa dan mereka dilihat bersama-sama berkongsi impian, membuat perubahan memajukan negeri dengan penuh semangat,” katanya sewaktu merasmikan Majlis Penutup Konvensyen Malaysia Madani.

Menurutnya lagi, bagi meneruskan agenda madani di peringkat negeri selaras dengan kerajaan perpaduan di peringkat pusat, MPKK digesa untuk terus berkhidmat dan menerangkan perubahan dan pencapaian kerajaan negeri ini kepada rakyat.

-ZS-

Tinggalkan komen anda