Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Pelajar PMM Norshafiqha Ishak Tekad Harumkan Nama Malaysia

By 1 Jun 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Ismael Idris (Jasin)

MERLIMAU, 1 Jun (Malaysiaaktif) – Seorang pelajar Politeknik Merlimau (PMM) bertekad untuk mengharumkan nama Malaysia di kejohanan hoki peringkat Asia yang akan bermula esok.

Norshafiqha Ishak, 18, pelajar semester satu Diploma Teknologi Pembuatan, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, PMM  telah terpilih mewakili negara dalam Kejohanan Hoki Piala Asia Remaja Wanita yang akan berlangsung dari 2 hingga 12 Jun ini di Stadium Hoki Kawasaki Heavy Industries, Kakamigahara Gifu, Jepun.

Menurut Norshafiqha, walaupun terpaksa mengharungi jadual latihan dan kuliah yang agak padat sebelum berlepas, namun perkara ini tidak pernah melunturkan semangat saya untuk mewakili negara ke peringkat yang lebih tinggi.

“Harapan saya membawa pulang piala kemenangan dan mengharumkan nama Malaysia.

“Bukan sahaja buat Malaysia malahan PMM juga, sebagai institusi yang banyak memberikan sokongan dan dorongan kepada saya untuk ke tahap yang lebih tinggi ini,” ujarnya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum berlepas ke Jepun, semalam.

-ZS-

Tinggalkan komen anda