Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Warga Emas Gigih Pertahan Tradisi Anyaman Bakul Rotan

By 2 Jun 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Nizwan Mohd Daini/Berry Tamin (Sabah)

PENAMPANG, 2 Jun (Malaysiaaktif) – Pada era globalisasi dan pemodenan ini, seorang warga emas Sabidah Maagas, 64, dari kampung Pinangkau, sebuah daerah kecil Paitan, di sini masih gigih mempertahankan tradisi seni membuat anyaman bakul rotan.

Beliau yang mewarisi bakat ibunya sejak berusia 11 tahun, berkata anyaman rotan ini memerlukan kemahiran, ketelitian dan minat yang tinggi untuk menghasilkan bakul yang cantik.

“Minat yang mendalam terhadap anyaman rotan menjadikan saya seronok dengan apa yang saya sedang buat ini.

“Pokok rotan selalunya ditemui di dalam hutan dan proses pengolahan rotan ini mengambil satu hari. Manakala, proses menganyam bakul rotan ini bergantung kepada reka bentuk yang diinginkan,” katanya ketika ditemui pada Penutupan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah, di sini pada Rabu.

Beliau berharap kemahiran anyaman bakul rotan ini dapat diwarisi dan dimartabatkan generasi yang akan datang meskipun kita mengikuti peredaran zaman moden ini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda