![](https://malaysiaaktif.my/wp-content/uploads/2023/06/Pelajar-Tahfiz-Al-Quran-Cemerlang-SPM-2022-01.jpeg)
Laporan/foto: Ismael Idris/Zarul Afify (Jasin)
JASIN, 8 Jun (Malaysiaaktif) – Seramai 39 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 Sekolah Menengah Tahfiz Al-Quran (SMTAQ) Chenderah, di sini berjaya mendapat keputusan cemerlang.
Dalam pengumuman keputusan SPM di Dewan Hamid Abdul SMTAQ hari ini seramai 18 orang pelajar telah mendapat keputusan cemerlang iaitu seorang 11A, lima orang 10A, tiga orang 9A, lima orang 8A dan empat orang 7A.
Menurut pelajar cemerlang yang mendapat keputusan 11A, Ahmad Farish, 18, tumpuan dalam kelas dan juga ulang kaji pelajaran di rumah setiap hari membuahkan hasil dengan mencapai kejayaan ini.
“Sama seperti rakan-rakan yang lain, saya bermain dan bersukan tetapi pelajaran saya utamakan.
“Saya hanya bangun ketika orang lain sedang tidur nyenyak, bagi mengulang kaji subjek yang saya rasa lemah,” ujarnya.
-ZS-