Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Derma Darah Amalan Mulia

By 26 Jun 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Lydia Humphery Tungkat/Marianne Inya Thomas (Sarawak)

KUCHING, 26 Jun (Malaysiaaktif) – Menderma darah adalah satu amalan yang bijak, mulia dan terhormat kerana ianya bukan sahaja dapat menyelamatkan nyawa orang lain malah memberi impak positif kepada kesihatan penderma.

Menurut Aminah Morshidi, 57, seorang penderma darah jenis ‘O’ yang telah menderma sebanyak 111 kali sejak dari tahun 80an, berkata berkemungkinan amalan menderma darah adalah factor menyumbang kepada tahap kesihatannya yang berada dalam keadaan yang sangat baik ketika ini.

“Sudah menjadi rutin bagi saya untuk menderma darah setiap tiga bulan.

“Bukan anugerah atau penghargaan diharapkan, tetapi niat saya hanya mahu menolong mereka yang memerlukan,” katanya.

Seramai 40 orang penderma darah diraikan dalam program Karnival Kesihatan sempena Hari Penderma Darah Sedunia 2023 dan Ulang Tahun ke-75 Persatuan Bulan Sabit Merah Peringkat Sarawak, di sebuah pusat membeli-belah di sini semalam.

Sementara itu, Jesseca Tarang, 35, berkata adalah menjadi harapan beliau agar darah yang diderma dapat membantu mereka yang memerlukan darah jenis ‘A’ tanpa mengira bangsa dan agama.

Tambah Jesseca Tarang lagi yang hadir bersama suaminya, Morshidi, 42, yang juga seorang penderma darah, ia merupakan kali keenam dia menderma darah.

Pasangan Orang Kurang Upaya (OKU), Tazlan Jen, 56, isteri Nur Athirah Voon Abdullah, 36, turut hadir sebagai penerima anugerah menderma darah.

“Walaupun keadaan kami begini, ia tidak menghalang untuk niat membantu individu yang memerlukan,” kata Tazlan yang berasal dari Kota Samarahan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda