Laporan/foto: Suzilawati Kamarudin/Mohd Khairulnizam Mohd Yunus
SEREMBAN, 1 Jun (Malaysiaaktif) – Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching mengajak semua warga kerja Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) di Negeri Sembilan supaya bekerjasama menangani berita palsu dalam mendepani cabaran kemudahan memperolehi maklumat di hujung jari pada masa kini.
“Fokus utama KKD pada kali ini adalah dengan menumpukan kepada membanteras penyebaran berita palsu melalui pelbagai platform media digital dan secara bersemuka,” katanya ketika bersiaran di radio NEGERIfm sempena lawatan kerja rasminya ke Negeri Sembilan, di sini semalam.
Teo yang turut berkesempatan melawat Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Sungai Gadut disambut meriah warga kerja daripada enam jabatan dan agensi KKD di negeri ini.
Pada lawatan tersebut Teo juga menyantuni warga emas di Pusat Aktiviti Warga Emas, Sri Sikamat dan melawat tapak Projek Jalinan Digital Negara (JENDELA), Tiara Sendayan dan Projek ‘Point of Presence’ di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
-ZS-