Laporan/foto: Muhammad Fandy Azam (Melaka Tengah)
MELAKA, 20 Jul (Malaysiaaktif) – Atlet Karate yang mewakili 30 buah negara di seluruh dunia yang menyertai Kejohanan Karate bermula pada 21 sehingga 23 Julai ini diraikan dalam satu Majlis Makan Malam Sempena Kejohanan Karate ke-19 dan Para Karate Asian ke-2 Tahun 2023 di Hotel Hatten, di sini semalam.
Majlis anjuran Persekutuan Karate Asian dan Kerajaan Negeri Melaka ini telah dihadiri Yang Dipertua Negeri Melaka dan Presiden Persekutuan Karate Asia Dunia, Antonio Espinos.
Menurut Pengerusi Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Datuk Rais Yasin yang mewakili Ketua Menteri Melaka, majlis diadakan untuk meraikan atlet – atlet yang terlibat di samping memberikan mereka sokongan dalam memangkin semangat kesukanan dalam diri masing-masing.
“Terima kasih kepada penganjur atas kesudian memilih negeri Melaka sebagai tuan rumah bagi acara gilang-gemilang yang bakal dihadiri oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
“Diharapkan agar para atlet yang terlibat dapat memberikan persembahan yang terbaik serta membanggakan negara masing-masing,” katanya.
Turut hadir Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam.
-ZS-