Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Sistem e-Ticketing Pusat Sains Negara Dilancar

By 21 Julai 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Rahimah Rafiai/Muhamad Hafizuddin Abdul Halim (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 21 Jul (Malaysiaaktif) – Perkhidmatan pembelian tiket dalam talian atau e-Ticketing Pusat Sains Negara (PSN) telah dilancarkan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang di Pusat Sains Negara, di sini semalam.

Sistem e-Ticketing PSN merupakan sistem yang terawal yang menggunakan platform ‘real-time payment platform’ (RPP) dalam agensi kerajaan. Sistem ini bukan sahaja dapat diakses dan digunakan melalui pelayar sesawang (web browser), malahan pengguna juga dapat membeli tiket melalui aplikasi yang dimuat turun menerusi gerbang Google Play Store dan App Gallery Huawei. Manakala di gerbang Apple App Store akan diintegrasi dalam masa terdekat.

“Perkhidmatan sistem e-Ticketing hanya menawarkan perbankan internet dan e-dompet (e-wallet) sahaja. Manakala bayaran melalui kad debit dan kad kredit pula sedang diintegrasi dalam masa yang terdekat bagi memudahkan semua pengguna sistem.

“Saya menyeru agar kita dapat bersama-sama menghebahkan usaha ini kepada kaum keluarga, saudara-mara dan rakan-rakan untuk menarik lebih ramai pengunjung ke Pusat Sains Negara. Sistem ini memberikan kemudahan dan memudahkan pengunjung untuk membeli tiket dalam talian dengan lebih mudah serta menjimatkan masa,” kata Chang Lih Kang.

Orang ramai boleh melayari www.psn.gov.my atau memuatnaik aplikasi dalam talian e-Ticketing PSN di Google Play Store atau App Gallery Huawei bagi membuat pembelian tiket kemasukan mulai 18 Julai 2023.

-ZS-

Tinggalkan komen anda