Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Kedai Cari Rakyat, Bukan Rakyat Cari Kedai – Fuziah Salleh

By 31 Julai 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Parameswary Lekshmnan/Muhamad Hafizuddin (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 31 Jul (Malaysiaaktif) – Program Jualan Rahmah (PJR) Bergerak telah berjaya dilaksanakan di 396 lokasi berbeza di seluruh negara sejak ianya dilancarkan pada 16 Jun lalu.

Menurut Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh, jualan berkonsepkan ‘Kedai Cari Rakyat’ itu mempunyai kelebihan di mana lori-lori PJR Bergerak yang membawa barang-barang keperluan asas harian mampu masuk ke kampung-kampung, kawasan B40, kawasan PPR dan taman perumahan kos rendah kemudiannya membuat jualan secara terus kepada golongan sasar.

“Tadi kita lihat, lori tiga tan yang boleh masuk ke kampung, jalan kecil, jalan tepi sawah dan sebagainya.

Manakala lori 10 tan mungkin dekat di pinggiran bandar yang membolehkan jualan berkonsepkan ‘Kedai Cari Rakyat’ sampai kepada rakyat di seluruh pelosok negara dari Perlis sehingga ke Sabah,” kata Fuziah ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Penutup Hari Pengguna Kebangsaan (HPK) 2023 di Pavilion Bukit Jalil, di sini semalam.

Mengulas lanjut, Fuziah berkata Jualan RAHMAH Bergerak itu akan dilaksanakan dua kali sebulan di kesemua 640 Dewan Undangan Negeri (DUN) seluruh negara dengan penambahan peruntukkan RM50 juta yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Terlebih dahulu, Anwar telah menyempurnakan acara pelepasan lori PJR Bergerak #KedaiCariRakyat Peringkat Kebangsaan yang melibatkan 16 buah lori.

-ZS-

Tinggalkan komen anda