Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Senam Sihat MADANI Erat Hubungan Polis dan Masyarakat

By 31 Julai 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhamad Amirulfarhan Mohd Daud (Kinta)

IPOH, 31 Jul (Malaysiaaktif) – Hampir 400 pengunjung menyertai Program Senamrobik ‘Senam Sihat MADANI’ anjuran Pejabat Timbalan Speaker Negeri Perak bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) Perak di Dataran Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz, di sini semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Canning merangkap Timbalan Speaker Negeri Perak Jenny Choy Tsi Jen, berkata program ini bertujuan memastikan tahap kecergasan serta penerapan amalan ke arah gaya hidup sihat.

“Saya ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini dan saya bersyukur serta gembira kerana dengan adanya program ini, hubungan antara pihak berkuasa dan orang awam akan semakin rapat,” ujarnya ketika berucap.

Sementara itu, pengunjung, Muhammad Ridhwan Muhamad Noor, 24, menyatakan rasa gembira menghadiri program ini kerana dapat bersenam di hujung minggu.

“Program ini dapat mengeratkan hubungan polis dengan masyarakat apabila aktiviti riadah ini dilakukan bersama penduduk setempat,” katanya.

Suri rumah Vivian Tan, 40, juga tidak melepaskan peluang untuk turut serta dan beranggapan penganjuran program ini amat baik dan wajar diteruskan.

Majlis dirasmikan oleh Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri yang dalam ucapannya turut berharap agar polis dan rakyat terus menjalinkan hubungan baik seperti mana slogan ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’.

-ZS-

Tinggalkan komen anda