Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Ketepikan Dahulu Soal Politik Demi Ukhwah Ibadah Korban

By 3 Julai 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Syed Mohd Adib Syed Hassan (Segamat)

SEGAMAT 3 Jul, (Malaysiaaktif) – Masyarakat perlu mengenepikan soal politik semasa menjalankan ibadah korban demi memelihara ukhuwah.

Menurut Pengerusi Program Ibadah Korban Perdana Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang Munawir Omar, rakyat perlu soal politik perlu diketepikan bagi mengeratkan semangat gotong-royong untuk melaksanakan ibadah korban di bulan penuh berakah ini.

“Lebih 170 orang penduduk kampung dan taman berdekatan telah berjaya mengagihkan 425 kilogram daging kepada pemimpin kawasan untuk diedarkan kepada golongan sasaran setiap kampung serta taman di dalam kawasan DUN Tenang,” katanya.

Program anjuran Pejabat Khidmat Masyarakat DUN Tenang di Dewan Serbaguna Perumahan Awam Jalan Muar Labis, di sini kelmarin melibatkan lima ekor lembu sumbangan Sultan Johor melalui Kerajaan Negeri, Jakel Segamat, Rahnill SAJ dan Pejabat Pusat Khidmat DUN Tenang.

Seorang petugas Ahmad Rezalludin Abdul Rahman, 38, berasa bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada semua petugas dan Ahli DUN (ADUN) Tenang kerana telah berusaha dan menjayakan program ibadah korban tersebut.

Turut hadir ADUN Tenang Haslinda Salleh, Pengerusi-pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT), Persatuan Belia Perumahan Awam Labis dan Ketua-ketua Kampung.

-ZS-

Tinggalkan komen anda